“Anak-Anak Aku Kau Pegang..Gila Talak” – Bekas Menantu Datuk Zainal Abidin Tak Tahan Diganggu Bekas Suami, Siap Buat Akaun Palsu

Hiburan

“Anak-Anak Aku Kau Pegang..Gila Talak” – Bekas Menantu Datuk Zainal Abidin Tak Tahan Diganggu Bekas Suami, Siap Buat Akaun Palsu

Bekas menantu kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, Suzur Sofia Smeth Jaya tampil mendedahkan bahawa dia masih diganggu bekas suami, Mohd Zaiza secara mental dan fizikal meskipun sudah sah bercerai.

Tulis Sofia di beberapa hantaran Instagram Story, dia berasa sakit dan meminta agar bekas suaminya itu berhenti menganggu kehidupannya.

Advertisement
Sofia smeth zaizaSumber : Google  

Semua milik saya korang dah rampas. Nyawa saya pun korang nak ke? Nak saya mati baru korang berhenti ke? Korang nak saya mati ke?

Kata Sofia, bekas suaminya itu seolah-olah gila talak dan mendakwa Zaiza memiliki akaun palsu semata-mata untuk mengintipnya.

Anak-anak aku kau pegang, jiwa aku pulak kau nak pegang? kau siapa? Kalau aku nak nikah pun esok, apa kena mengena dengan kau?

Tolong jangan ganggu aku, keluarga aku dan kawan-kawan aku. Tolong cari kerja bukan stalk aku. Kalau berani jangan pakai fake account. Waktu operasi kau memang sampai ke pagi subuh ke?

Terdahulu, rumah tangga wanita itu bersama anak kepada Zainal Abidin itu dikatakan sudah lama berantakan apabila Zaiza didakwa menggantung Sofia secara tidak bertali dan enggan menceraikannya.

sofiaSumber : Instagram  
@sofiasmeth

Ya Allah, mereka menzalimi aku dan aku mohon balasan yang setimpal ke atas diri mereka. Aku mohon berilah mereka rasa apa yang aku rasa bagi sesiapa serta kaum hawa yang turut menganiaya dan menyangkal apa yang aku lalui. Kalau Tidak jatuh ke mereka, jatuhlah ke kaum hawa nya. Walau sedikit biar sama merasa kerana kalam nama aku disebut difitnah dicaci mereka. Dengan ini beringatlah mereka di kemudian hari untuk menyakiti hambaMu yang lain.Sakit nya aku dipisahkan dari anak-anak selama 9bulan. Aku percaya dan berserah kepadamu Ya Allah kerana kau maha mendengar dan tahu segala kebenaran serta isi hatiku. Tiada lain ku sembah melainkan Allah yang satu maha besar, maha berkuasa dan pencipta seluruh alam. INNAHU MIN SULAIMANA WAINNAHU BISMILLAHIRROHMANIRROHIM, ALLA TA’LUU ALAYYA WA’TUUNI MUSLIMIIN.

? PadaMu Kubersujud – Religi Islam – Afgan

Kedua-dua akhirnya bercerai talak satu pada pertengahan Jun lalu setelah mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun. Sofia dan Zaiza mempunyai dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 6 dan 2 tahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Zarina
5 months ago

(VIDEO)"Dawai Dah 'Berkarat'" - Persembahan Sumbang, Netizen Tak Sanggup nak Dengar Nyanyian Sharifah Zarina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...