(VIDEO) Tempah Baju Kahwin, Ramai Ucap Tahniah Buat Zarina Anjoulie & Teman Lelaki

Hiburan

(VIDEO) Tempah Baju Kahwin, Ramai Ucap Tahniah Buat Zarina Anjoulie & Teman Lelaki

Hubungan antara pelakon, Zarina Anjoulie dengan teman lelaki iaitu Datuk Seri Elzy kini bukan lagi rahsia apabila mereka sering berkongsi kemanisan hubungan percintaan mereka di media sosial.

Malah baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa anju telah memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram meluahkan rasa teruja untuk menempah baju perkahwinan mereka di sebuah butik.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Datuk Elzy turut dilihat sedang mengukur baju untuk membuat tempahan baju di hari bahagia mereka nanti.

Hi guys, excited for today! harini nak tempah our wedding baju, are you excited?

Bagaimanapun, Anju masih tidak menyatakan tarikh hari bahagia mereka berdua bakal dilangsungkan.

Saya punya baju korang takkan dapat tengok sampai hari perkahwinan saya okay!

Meninjau di ruangan komen, perkongsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian daripada para peminat, malah rakan-rakan artis turut mengucapkan tahniah buat Anju dan Elzy.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendoakan semoga urusan hari bahagian Anju dan jejaka pilihan hatinya itu dipermudahkan selain mendoakan kebahagiaan dalam rumah tangga yang bakal dibina tidak lama lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahida Rafik
1 year ago

(VIDEO) "Beza Sungguh Sekarang" - Pakai Baju Ketat, Penampilan Zahida Rafik Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...