(VIDEO) “Beza Sungguh Sekarang” – Pakai Baju Ketat, Penampilan Zahida Rafik Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Beza Sungguh Sekarang” – Pakai Baju Ketat, Penampilan Zahida Rafik Di TikTok Jadi Tumpuan Netizen

Pelakon popular era 90-an, Zahida Rafik kembali menjadi tumpuan netizen apabila dia tampil berpakaian seksi di TikTok sehingga mengundang kritikan orang ramai.

Zahida yang terkenal menerusi filem Mami Jarum ini sememangnya dikenali dengan aktiviti sihat seperti bersenam dan juga berkongsi tips kesihatan dan kecantikan kepada peminat.

Advertisement

Baru-baru ini, Zahida dilihat tampil memperagakan jump suit ketat hitam dengan bahagian dada yang menyerupai warna kulit di TikTok.

Menerusi video itu, Zahida mengakui dia sudah lama tidak mengemas kini perkembangan terkininya bersama peminat dan turut mendoakan agar mereka sentiasa dirahmati dan terus positif dalam menjalani kehidupan.

Namun begitu, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi mesej teguran yang mengkritik pemakaian Zahida yang tidak sesuai dengan usia apatah lagi sudah bergelar Hajjah.

Bila kita semakin berbau tanah patut kita lagi dekat dengan sang pencinta.

Allah Hajjah ku sayang..moga Hajjah di dalam rahmat Allah.

Sekadar info, antara filem yang dibintangi Zahida adalah seperti Senario The Movie, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Kuliah Cinta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abby abadi
1 year ago

"Saya Lihat Kebenaran Seawal 1998 Lagi.." - Abby Abadi Nafi Dirinya Pentaksub Anwar Ibrahim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...