Sebuah video TikTok menjadi tular di media sosial berikutan gelagat si kecil ini yang ‘senyap-senyap’ menggunakan kad kredit ibunya untuk membeli Airpods di sebuah platform jual beli online terkenal di Malaysia.
Menurut wanita yang dikenali sebgai @cikfa_fareha, anak perempuannya yang berusia 3 tahun itu telah membeli airpods itu kerana ingin mendengar muzik.
Kata Fareha, apa yang mengejutkan adalah apabila alat elektronik itu berharga lebih RM700 dan mengakui terlupa untuk ‘unlink’ kad kredit dengan platform jual beli tersebut, sekaligus memudahkan si kecil itu untuk membuat pembayaran.
Lazada and Shopee memang dah link dengan my credit card jadi dia tekan je terus payment successfull
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan keletah si kecil itu yang sudah bijak ‘menghabiskan’ duit ibunya.
Nangiss ibu tengok duit keluar beratus, nasib baik tak beribu!