Baru-baru ini tampil dengan imej botak dan sering kali dikecam kerana pemakaiannya yang seksi, nama artis sensasi Sharifah Sakinah tidak asing lagi apabila berkaitan dengan kontroversi.
Sharifah Sakinah atau lebih dikenali sebagai Kinah, menunjukkan sisinya yang berbeza apabila dapat dilihat mengenakan telekung dalam video singkat yang dimuat naik di Instagram.
“I don’t cook, I don’t clean but I PRAY“, caption yang ditulis dalam hantaran berikut.
Perkara itu rata-ratanya mendapat pujian warganet kerana mereka berpendapat pelakon itu masih menjaga hubungan dengan Allah walaupun selalu tampil dengan gaya seksi.
“Kehidupan luaran setiap orang jangan kita pandang negatif” tulis seorang netizen.
“Sebab tu tak nak kecam orang” ujar seorang lagi warganet.
Sebelum ini, imej botaknya dikritik ‘pedas’ oleh warganet kerana penampilan itu dianggap tidak sesuai sebagai seorang wanita beragama Islam.