“Teruk, Buruk, Hod*h”- Tampil Dengan Imej Botak, Sharifah Sakinah Dikecam Warganet Di Instagram

Hiburan

“Teruk, Buruk, Hod*h”- Tampil Dengan Imej Botak, Sharifah Sakinah Dikecam Warganet Di Instagram

Sering kali terlibat dengan kontroversi, selebriti sensasi, Sharifah Sakinah sentiasa menjadi perbualan warganet dengan penampilan yang ditunjukkan di laman media sosial.

Seperti baru-baru ini, Sakinah atau lebih mesra dipanggil Kinah memuat naik beberapa postingan di Instagram yang menampilkan imej barunya berambut botak.

Advertisement

Di dalam perkongsian itu, dapat dilihat Kinah menunjukkan penampilan barunya dengan yakin tanpa mengendahkan perspektif orang ramai.

Namun begitu, masih ada netizen yang melontarkan kata-kata ‘pedas’ memerli style rambut yang digayakan oleh Sakinah.

Seakan sudah lali dengan komen-komen negatif daripada netizen, pelakon itu tidak mengambil kisah pendapat orang tentang penampilannya yang dianggap tidak sesuai bagi seorang wanita muslim.

Malah, ada juga yang memberitahu bahawa penampilannya itu teruk, buruk dan hodoh sebagai seorang wanita.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

2022-06-27 12:16:09

"Batang Penyapu Ke B*bi!" - Sharifah Sakinah Balas Komen 'Spam' Instagram Buat Netizen Geli Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram