(VIDEO) Tak Sedar Aksi L*cah Diperhatikan, Lelaki Ini Dilihat ‘Asyik’ Hidu Pakaian Dalam Wanita

Kehidupan

(VIDEO) Tak Sedar Aksi L*cah Diperhatikan, Lelaki Ini Dilihat ‘Asyik’ Hidu Pakaian Dalam Wanita

Menjijikkan! Itulah respon yang diberi oleh kebanyakkan netizen bagi menggambarkan tindakan keji seorang lelaki yang dilihat sedang memuaskan nafsu sendiri dengan menggunakan pakaian dalam wanita yang tidak dikenali.

Perbuatan itu sempat dirakam oleh seorang individu yang kemudiannya menjadi tular di media sosial semalam.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 tahun itu dilihat sedang berdiri di belakang sebuah ampaian baju yang diletakkan di tepi bangunan flat.

Lelaki itu kemudian mengambil beberapa baju dalam wanita, menghidu dan meramas dan sebelah lagi tangan sedang memegang kemaluannya.

 

Suspek sangat teruk. Hati-hati yang mana sidai kain dekat luar rumah tu.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Manakala dalam satu hantaran lain, individu yang merakam video jijik berkenaan bertindak menyergah lelaki berkenaan dan suspek akhirnya tersedar sebelum bergegas meninggalkan kawasan tersebut dengan menaiki motosikal miliknya.

TwitterSumber : Twitter  

Berikutan itu, ramai netizen tampil meluahkan rasa bimbang dan turut menasihatkan mereka yang ingin menjemur pakaian agar tidak menyidai pakaian-pakaian dalam terutamanya milik kaum hawa bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi di kemudian hari.

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan agar orang ramai membeli ampaian yang boleh diletakkan dalam rumah selain memiliki sebuah mesin pengering agar pakaian tidak perlu dijemur lagi.

Menerusi laporan Sinar Harian, suspek warga emas itu telah berjaya ditahan pihak berkuasa di atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh.

Tanggang moden
3 years ago

(VIDEO) "Balik! Balik!" - Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang, Netizen Luah Rasa Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...