(VIDEO) “Balik! Balik!” – Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang, Netizen Luah Rasa Sebak

Kehidupan

(VIDEO) “Balik! Balik!” – Ibu Nak Jumpa Anak Tapi Akhirnya Ditengking Suruh Pulang, Netizen Luah Rasa Sebak

Tular di media sosial Twitter semalam mengenai sebuah video ‘si tanggang moden’ yang mengundang sebak ramai netizen.

Dalam video tersebut, seorang wanita warga emas bergelar ibu difahamkan sanggup menaiki bas datang dari kampung yang terletak di Kedah semata-mata ingin bertemu anak lelakinya.

Advertisement

Dalam video berdurasi 2 minit lebih itu, si ibu itu dilihat sedang bercakap dengan anaknya menggunakan telefon bimbit yang dipinjamkan oleh seorang wanita.

“Assalamualaikum Fizi, mak ni. Mak baru sampai dari kampung, mak tak tahu nak pergi mana. Ambil mak kat sini boleh tak?” kata wanita itu.

Namun, jawapan yang diterima si ibu itu ternyata telah mengundang rasa sebak dan mungkin, amarah dalam kalangan warga maya.

Jawab si anak itu, dia tidak gembira dengan kedatangan si ibu kerana tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

 

Mak tak faham ke orang sibuk kerja. Lagipun bini orang kan marah dengan mak pasal kes itu hari. Mak nak kami bergaduh lagi ke?

Lebih memilukan apabila si anak bertindak menghalau ibunya itu setelah wanita tersebut meluahkan hasrat untuk bermalam di rumah hanya kerana ingin mengubat kerinduan setelah lama tidak berjumpa.

 

Tak payahlah mak, serabut ni. Nanti-nantilah mak, balik! balik!

Si anak kemudian mematikan perbualan dan wanita itu tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata sambil ditenangkan wanita yang duduk bersebelahan.

Meskipun video tersebut hanyalah sebuah eksperimen sosial yang diketengahkan oleh saluran YouTube AkuPeduli, namun tidak dinafikan kisah tersebut masih lagi berlaku dan sebuah realiti yang seharusnya dijadikan pengajaran untuk kita semua.

Komen TwitterSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen media sosial, ramai yang tersentuh emosi melihatkan wanita itu dilayan sedemikian rupa.

“Walaupun eksperimen sosial, dalam realiti banyak je macam ni. Jadikan iktibar, baik buruk mak kita, tak ada yang boleh ganti.” komen netizen.

Pelepasan cukai
2 years ago

"Resit 2-3 Minggu Dah Kabur.."- Musim e-Filing Kembali, Netizen Beri Cadangan LHDN Buat Aplikasi Khas Simpan Maklumat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...