(VIDEO) “Tak Sangka Dia Macam Ni” – Tayang Badan Sado, Netizen Terkejut Alif Satar Dedah Aurat

Hiburan

(VIDEO) “Tak Sangka Dia Macam Ni” – Tayang Badan Sado, Netizen Terkejut Alif Satar Dedah Aurat

Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video memaparkan penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar telah menjadi bualan hangat netizen.

Menerusi video tersebut, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar dilihat tampil dengan penampilan yang agak mencolok mata ketika menyertai IRONMAN Malaysia Langkawi 2022.

Advertisement

Malah, penyanyi berusia 32 tahun itu dilihat hanya memakai seluar ‘legging’ ketat atas lutut tanpa berbaju telah mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut memandangkan Alif tidak pernah memakai pakaian yang mendedahkan aurat seperti itu di hadapan khalayak umum.

Bukan itu sahaja, pelakon Risik Pada Hati itu juga jarang terkait dengan kontroversi dan sentiasa menjaga batas dengan selebriti wanita lain.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang meminta pemilik video untuk memadam hantaran tersebut memandangkan penyanyi lagu Sesungguhnya itu kelihatan tidak selesa dirakam selain demi menjaga imej Alif.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Kongsi Video Sarung Cincin, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...