Kongsi Video Sarung Cincin, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Hiburan

Kongsi Video Sarung Cincin, Fatin Afeefa Bertunang Dengan Kekasih Jutawan?

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai sebuah foto memaparkan pelakon, Fatin Afeefa bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya.

Menerusi foto tersebut, pelakon Tentang Bulan itu dilihat mesra memegang tangan teman lelaki yang didakwa merupakan seorang jutawan.

Advertisement

Terkini, Fatin memuat naik hantaran video di Insta Story seakan sedang melangsungkan majlis pertunangan.

Menerusi video tersebut, seorang wanita dilihat menyarungkan cincin kepada jari wanita lain dipercayai milik Fatin.

Bagaimanapun, pelakon berusia 28 tahun itu tidak mendedahkan wajah kedua-dua individu di dalam video berkenaan.

Meninjau di laman Instagram, teman lelaki Fatin yang dikenali sebagai Aliff Awang turut memuat naik foto memaparkan sesi menyarung cincin di sebuah majlis.

Sehingga kini, Fatin atau nama penuhnya Fatin Nur Afifah Shamsudin masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung dakwaan sudah bertunang dengan kekasihnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Patut Lah Ex Meroyan" - Jalan Pegang Tangan, Tular Foto Fatin Afeefa Dengan Kekasih Jutawan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...