Baru-baru ini tular di media sosial, satu perkongsian video daripada seorang pengguna dikenali sebagai Nellysa yang terkena buatan orang dipercayai akibat hasad dengki dengan perniagaan miliknya.
Menerusi video tersebut, Nellysa yang kini sedang sarat mengandung telah pergi berubat dengan seorang ustaz dan dilihat meraung-raung menahan kesakitan semasa dirawat.
Difahamkan, sebelum ini suaminya Afiq Zulkifly turut memaklumkan perniagaan yang diusahakan mereka pernah dihantar sihir apabila salah seorang pekerja mereka terjumpa bungkusan pad yang berisi duit syiling serta ranting bersama nota bertulis “Neli Tutup”.
Ya Allah kedai kami ni tak hebat mana pun. Cari rezeki halal nak besarkan anak-anak..
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berasa simpati terhadap nasib yang ditimpa wanita itu dan berharap semoga dilindungi daripada perkara yang terkutuk itu.
Tak tahu lah nak cakap macam mana lagi.. Mana pergi sifat kemanusiaan. – Netizen.
“Hancurnya hati tengok macam ni ya Allah.. Wahai sang pelaku, sampainya hati awak buat Nelly macam ni yang tengah mengadung,” tulis seorang pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.