Wanita mana yang tidak mempunyai perasaan cemburu apabila suami sendiri gemar menonton dan memuji wanita lain di media sosial.
Begitulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Iss Istari yang memuat naik video berkongsi rasa kecewa apabila suaminya selamba menonton video dan foto wanita lain dihadapannya.
Walaupun baru sahaja bernikah pada April lalu, wanita itu seing berasa seperti tidak dihargai oleh suaminya kerana tidak menghormati perasaannya sebagai isteri.
Bukan pernikahannya yang salah, tapi memang dari orangnya yang tak pernah bersyukur.
Jelasnya, selepas menetap sekali di rumah mentua barulah suaminya ‘tunjuk belang’ perangai sebenar yang mana jauh berbeza sewaktu ketika mereka bercinta dahulu.
@issaa.lstari Bukan pernikahan nya yang salah, tp emang dr orangnya yg gapernah bersyukur#suamikusurgaku #fyp#sedih
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut kecewa melihat sikap sesetengah para suami yang gemar melihat wanita lain di media sosial tanpa memikirkan perasaan si isteri.
Penting nya mempunyai suami yang pandai menjaga padangan untuk menjaga hati sang isteri – netizen.
“Pengajaran kalau dari awal perangai macam ni.. tinggalkn sebab memang takkan berubah trust me TAKKAN,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.