Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan tindakan seorang gadis yang mentertawakan kereta Kancil yang di parkir di sebelah keretanya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gelagat gadis itu yang bergelak tawa bersama rakannya seakan-akan mempersendakan kereta Kancil tersebut semasa menuju ke tempat letak kereta.
Malah, setibanya di sebelah kereta Kancil itu, dia dengan sengaja seperti cuba membuka pintu kereta itu namun berpaling dengan segera ke arah kereta Volkswagen kuning miliknya.
Tahu dah kaya jangan sampai menghina.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih 548.6K tontonan, 19.7K tanda suka, dan 2.5K komen di laman TikTok.
@samad6969 apa pendapat kau orang semua #fyp
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan gadis itu yang disifatkan sombong dan tidak menghormati rezeki orang lain.
Tak kelakar langsung ye, kenapa awak gelak-gelak? – Netizen.
“Jangan pandang rendah orang pakai Kancil ni, mana tahu dekat rumah ada supra sebijik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dian
June 9, 2022 at 11:52 am
kdg org bawa kancil dia nak mudah, senang parking, sy ada kwn dia ada 2 kete mewah dan satu kancil tapi jk dia nak beli barang atau nak g makan luar dia akan bawa kancil, dia akan bawa kete mewah jk ada urusan business atau meeting, so jgn suka ketawa kan org bawa kancil, itu tetap kereta masih kena isi minyak juga kan