Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen dan penyanyi tempatan berikutan pelancaran lagu terbarunya yang berjudul Baby Sayang.
Tohmahan demi tohmahan diterima Aliff Syukri namun ia tidak membuatkan dia berhenti dan lelah untuk meneruskan rangka promosi karya duetnya bersama penyanyi Baby Shima itu.
Terbaru, pengusaha kosmetik itu telah dijemput dalam sebuah rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM bagi tujuan promosi produk namun dia dilihat sempat ‘menyelit’ dan menyanyikan lagu Baby Sayang.
Namun begitu, belum sempat 2 baris lagu Baby Sayang dinyanyikan oleh Aliff Syukri, hos program tersebut tiba-tiba sahaja ‘memotong’ dan mencelah dengan bertanyakan soalan lain.
Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik di TikTok itu, rata-rata netizen terhibur dengan tindakan spontan pengacara berkenaan.
@tikuscomel_xo Abg baju kuning terus potong, x bg cannnn langsung?
Aku tak nak apa-apa nak confident level dia je, mana nak dapat?
Dalam pada itu, ramai warga maya tampil memberi nasihat agar Aliff Syukri memperbaiki vokal sebelum tampil menyanyi secara ‘live’ di hadapan orang lain.
Sebelum ini usahawan kosmetik itu melabelkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu Malaysia berikutan kejayaan lagu terbarunya itu telah ‘trending’ di YouTube.
Lagu Baby Sayang hasil duet Aliff Syukri bersama Baby Shima telah menerima kecaman hebat daripada netizen gara-gara video muzik yang didakwa tidak sesuai untuk ditonton oleh orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.