“Takkan Nak Tunggu Saya Mati” – Aliff Syukri Sedih Dikecam, Dakwa Bakat Terpendam Tak Dihargai

Hiburan

“Takkan Nak Tunggu Saya Mati” – Aliff Syukri Sedih Dikecam, Dakwa Bakat Terpendam Tak Dihargai

Mengeluarkan ‘single‘ terbaharunya berjudul ‘Baby Sayang’ bersama Baby Shima, usahawan kosmetik, Aliff Syukri, meluahkan rasa kesal apabila dia merasakan bahawa bakatnya tidak diterima dari pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Aliff juga mendakwa pihak di luar sana akan menghargai bakat nyanyiannya apabila dia sudah meninggal dunia.

Advertisement

Takkanlah nak tunggu saya dah mati baru semua orang nak hargai bakat yang ada pada saya.”

Menerusi temu bual bersama media, Aliff turut menyifatkan sikap rakyat Malaysia adalah sangat pilih kasih apabila boleh menerima artis luar negara yang kadang kala nyanyiannya tidak berapa baik.

Sehubungan itu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 35, berharap agar rakyat Malaysia tidak mensia-siakan bakat nyanyian yang dimiliki dan menghargai niatnya untuk menghiburkan orang.

Cubalah sesekali tu hargai sahaja bakat saya ini, saya buat lagu bertujuan untuk menghiburkan orang sahaja.”

Sebelum ini, Aliff Syukri pernah dikecam kerana video promosi lagu baharunya bersama Baby Shima memperlihatkan aksi menghairahkan dan kurang sesuai ditonton masyarakat.

Aliff juga turut dikecam apabila didakwa mempermainkan isu tentang kesihatan mental yang dihadapinya.

Selain itu kami juga kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

4 bulan lalu

"Dia Tengah Bodohkan Satu Malaysia" - Aliff Syukri 'Kantoi' 'Upload' Gambar Ubat Orang Lain Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Cermin diri dulu

    August 22, 2022 at 5:08 pm

    Kalo mati pon..suara mcm katak tak akan berubah

  2. Anonymous

    August 19, 2022 at 5:06 pm

    ..kalo mendoakan orang cepat mati adalah baik, ramai dah yg mendoakan ko syukri oii

  3. anonymous

    August 19, 2022 at 4:09 pm

    ayo yo HALUSINASI ka mabok ketum ni kalau kau dah mampos orang akan ingat kau tapi bukan sebab bakat menyanyi tapi sebab kepondanan kau yang tak masuk akal tu. aku kesian dgn anak2kau

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...