Baru-baru ini tular satu video di mana seorang remaja lelaki dibelasah oleh secara beramai-ramai oleh pelajar lain. Video yang dikongsikan di TikTok OhBulan tersebut telah mendapat perhatian daripada warganet di TikTok.
Video itu menunjukkan di mana seorang budak lelaki dipukul beramai-ramai dan berdasarkan baju yang dipakai oleh remaja-remaja tersebut, perkara itu dikatakan terjadi di SMK Tunku Putra Langkawi.
Namun, selepas video itu tersebar, ramai netizen memberitahu bahawa pelajar-pelajar yang terlibat telah ditahan polis untuk siasatan kes berkenaan.
Dalam satu video TikTok lain yang dikongsikan oleh pengguna yang dikenali sebagai @HXG, video tersebut menunjukkan pelajar-pelajar yang terlibat diangkut oleh van polis.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen yang menonton video pergaduhan itu menunjukkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang berseloroh tentang kejadian buli yang berlaku.