Umum mengetahui bahawa keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) telah dikeluarkan pada semalam iaitu 16 Jun 2022.
Tidak dinafikan, pasti kesemua pelajar SPM mahu mendapatkan keputusan yang cemerlang bagi membanggakan ibu bapa mereka.
Namun, pasti ada juga yang kecewa dengan keputusan mereka seperti yang dikongsikan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Ikin.
Menerusi video tersebut, gadis itu telah memaklumkan pada keluarganya tentang keputusan yang diperoleh melalui aplikasi Whatsapp.
Sorry tak dapat bagi results yang baik-baik.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah reaksi ayahnya apabila mengetahui tentang berita itu.
@notekinn.__ sorry takdpt bagi results yang baik ii ??. #spm2021
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji tindakan bapanya yang kekal positif dan terus memberi semangat kepada anaknya.
Allahu.. bestnya dapat parent supportive – netizen.
“For those yang ambil results harini, berapa pun results korang, just bangga dengannya sebab itu usaha korang and percaya pada rezeki yang akan datang,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.