Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok memaparkan dirinya bersama rakan selebriti, Bella Dally.
Menerusi video tersebut, pengacara berusia 30 tahun itu dilihat melakukan ‘trend’ di TikTok dengan menggunakan suara latar.
Bagaimanapun, suara latar yang digunakan itu telah mencetus kritikan orang ramai kerana seolah-olah mempermainkan hukum agama.
Tuhan, jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah dari aku masa aku masuk sendiri, Tuhan.
@uyaina Kawan siapa macam ni? ? #foryou #foryoupage #fyp
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial telah menegur Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad.
Bukan itu sahaja, mereka turut meminta isteri kepada penyanyi rap, Raja Syahiran itu untuk tidak menjadikan syurga neraka sebagai bahan gurauan.
Sehingga kini, hantaran video tersebut telah meraih 183.5K tontonan, 8.0K tanda suka, 202 komen, dan 231 kongsi di laman TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.