“Tolong Berhenti Fitnah” – Nafi Jadi ‘Playboy’, Ismail Izzani Minta Peminat Fanatik Berhenti Ganggu Di Media Sosial

Hiburan

“Tolong Berhenti Fitnah” – Nafi Jadi ‘Playboy’, Ismail Izzani Minta Peminat Fanatik Berhenti Ganggu Di Media Sosial

Penyanyi dan juga pelakon, Ismail Izzani mendedahkan bahawa dia sering diganggu dan diugut oleh seorang wanita yang sering menyebarkan fitnah terhadap dirinya.

Ujar Ismail, wanita itu yang menyebarkan cerita fitnah mengenai dia pernah berkahwin  sebelum ini dan penyanyi lagu Sabar ini juga telah menyekat akaun media sosial individu tidak dikenali itu.

Advertisement

Dia spam banyak akaun orang yang saya follow dan mereka pun follow saya juga. Perkara ini susah pada saya sebab orang yang saya dah lama tak jumpa pun di DM, burukkan saya.

Saya mohon maaf pada mereka dan perkara tersebut pun tak dapat nak dibuktikan. Yang pasti keluarga saya tahu perkara sebenar yang terjadi.

Katanya, wanita itu dahulunya mengaku sebagai peminat namun berubah menjadi ‘lain’ dan Ismail juga mengakui tidak pernah membalas DM peminat misterinya itu.

Kalau sengaja nak burukkan dan lempar fitnah pada saya, saya harap boleh berhenti sebab ada banyak lagi perkara lain yang boleh membahagiakan diri.

Dalam pada itu, Ismail menjawab persoalan mengenai label ‘Playboy’ terhadap dirinya dan berkata dia hanya menjadi diri sendiri.

Saya sebenarnya tak tahu nak cakap macam mana bila orang label saya playboy. Pada saya biarkan saja. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang. Saya hanya jadi diri sendiri dan menikmati kehidupan saya.

Ismail juga menjelaskan dia masih belum mempunyai kekasih hati dan hanya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada karier buat masa ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuib Watie Hanifiah anak-anak
1 year ago

“Apa Salah Auntie?” - Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra.com.my

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...