“Apa Salah Auntie?” – Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie

Hiburan

“Apa Salah Auntie?” – Shuib Akui Anak-Anak Ada Bertanya Kenapa Ramai Tak Suka Watie

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu meluahkan isi hati apabila bercerita mengenai temannya, Watie Hanifiah yang dikatakan sedang menjalinkan hubungan mesra sebagai kekasih.

Ujar Shuib yang ditemui Gempak, anak-anak ada bertanyakan mengapa ramai netizen tidak menyukai Watie meskipun mereka sudah lama mengenali wanita itu dan sudah selesa bersama.

Advertisement

Kenapa orang tak suka dekat Aunty (Watie)? Apa salah dia? Anak saya cakap begitu.

Jujurnya, anak-anak saya dah lama mengenali Watie. Mereka pun mengunci mulut mengenai Watie. Tapi, apabila ramai dah tahu, mereka pula mengusik saya, dah kantoi.

Tambahnya lagi, hal perkahwinan adalah perkara yang menyedihkan dan akan meminta pandangan daripada ibunya jika benar dia ingin mengenali rapat seseorang.

Kata duda kepada empat orang anak itu, restu ibu sangat penting selain keselesaan anak-anak.

Terdahulu, nama Watie menjadi bualan netizen apabila wanita itu sering dilihat bersama Shuib dan anak-anak ketika berada di tempat awam.

Shuib walau bagaimanapun enggan membuka mulut dan hanya menafikan mengenai dakwaan dia akan mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun hadapan bersama wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ashraf Muslim
1 year ago

"Terima Kasih Isteri-Isteriku.." - Ashraf Muslim 'Post' Gambar Bertiga, Netizen Pakat Minta Tips Poligami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...