(VIDEO) “Silap-Silap Tak Tengok” – Filem Mat Kilau ‘Reshoot’ Setelah 7 Tahun, Watak Shuk Sahar Jadi Bualan Netizen

Hiburan

(VIDEO) “Silap-Silap Tak Tengok” – Filem Mat Kilau ‘Reshoot’ Setelah 7 Tahun, Watak Shuk Sahar Jadi Bualan Netizen

Filem Mat Kilau arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof masih lagi menjadi fenomena dan pecah panggung berikutan kutipan tiket yang mencecah lebih 40 juta ringgit!

Karya Syamsul kali ini yang bertemakan sejarah pahlawan Melayu tidak dinafikan mempunyai peminatnya sendiri sehinggakan apa saja yang mempunyai kaitan dengan filem tersebut, contoh aktiviti seni bela diri silat turut menjadi tular.

Advertisement

Dan berikutan itu, tular pula mengenai kisah di sebalik filem itu yang didakwa telah memulakan penggambaran sejak tahun 2014 lagi.

Namun, di atas sebab-sebab tertentu, pihak penerbit filem Mat Kilau telah mengambil risiko dengan menukar sepenuhnya pengarah dan juga pelakon asal.

Video di sebalik tabir filem Mat Kilau yang dirakam sekitar 7 tahun yang lalu itu boleh ditonton di bawah.

@thenazfamily

Apa sebab filem ni kena reshoot semula? Korang tahu tak? #matkilau #matkilau2022 #matkilauchallenge #matkilaufilem #fyp #fyp?

? Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Yang lebih menarik perhatian adalah apabila pelakon asal filem tersebut yang turut menampilkan Uqasha Senrose dan juga Shuk Sahar.

Rata-rata netizen yang melihatkan video tersebut ‘bersetuju’ dan menyambut baik keputusan penerbit yang sebelum ini telah menukar pengarah dan juga para pelakon filem itu.

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya apakah peranan Shuk Sahar dalam filem Mat Kilau selain ‘terkesima’ dengan gaya penceritaan arahan asal yang dianggap tidak logik dan merapu.

“Selamat tak teruskan. Kalau ada Shuk tu silap-silap tak ada orang tengok.” komen seorang netizen

2 years ago

"Cetus Fenomena"- Kelas Silat Terima Ramai Pelajar Lepas Tayangan Filem Mat Kilau

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...