“Cetus Fenomena”- Kelas Silat Terima Ramai Pelajar Lepas Tayangan Filem Mat Kilau

Kehidupan

“Cetus Fenomena”- Kelas Silat Terima Ramai Pelajar Lepas Tayangan Filem Mat Kilau

Filem Mat Kilau bukan sahaja mencetuskan fenomena di dalam industri filem negara, bahkan juga memberi impak kepada persatuan silat apabila ramai ibu bapa mula menghantar penyertaan untuk anak-anak mempelajari seni mempertahankan diri tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu.

Advertisement

Menurutnya, perkara berkenaan merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini persatuan itu hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun.

Gambar Hiasan

Ahmad Shafiq juga berkata, sebelum ini seni mempertahankan diri itu hanya dipandang sebagai seni bela diri kampung, namun filem Mat Kilau telah memberi persepsi baru terhadap orang ramai.

Katanya lagi, filem Mat Kilau memaparkan semangat juang yang tinggi, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam membuatkan ibu bapa tertarik untuk menghantar anak-anak untuk belajar silat.

Selain itu, ada golongan dewasa yang turut berminat berlatih silat dan dilaporkan sebanyak 104 ahli PSSGM Jempol sudah dibawa menyaksikan tayangan filem di pawagam.

Gelanggang Panglima Hitam PSSGM daerah Jempol difahamkan sekarang sudah melahirkan 4,000 orang pesilat.

2 years ago

(VIDEO) "Untunglaa..." - Cikgu Sekolah Bawa Rombongan Pelajar Tonton Filem 'Mat Kilau'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : hmetromy

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...