(VIDEO) “Si B*doh Mentaliti ‘Low Class'”- Baling Cawan Berisi Sos Dan Air Dalam Stadium, Penyokong Bola Malaysia Tiada Adab?

Kehidupan

(VIDEO) “Si B*doh Mentaliti ‘Low Class'”- Baling Cawan Berisi Sos Dan Air Dalam Stadium, Penyokong Bola Malaysia Tiada Adab?

Kehangatan separuh akhir menentang pasukan Thailand bagi Piala AFF nampaknya telah mengundang kekecewaan buat penyokong bola sepak tempatan berikutan kekalahan pasukan Malaysia dengan jaringan gol sebanyak 3-0 oleh pasukan itu pada malam semalam.

Di media sosial, tumpuan netizen teralih kepada satu hantaran video yang menjadi tular gara-gara sikap penyokong bola sepak Malaysia yang didakwa kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Dalam video tersebut, seorang penyokong dirakam telah bertindak membaling cawan plastik yang berisi sos dan sisa air minuman secara ‘random’ kepada penyokong lain.

Insiden itu difahamkan berlaku ketika pasukan Malaysia menentang Thailand pada Sabtu lalu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ain Husniza
1 year ago

"Anak Bapak 2x5" - Bapa Ain Husniza Dikecam Netizen Gara-Gara Sokong Anak Pakai Baju 'Mengundang' Komen Nakal

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu itu yang dianggap pengotor dan berperangai tidak senonoh.

Syarat Ultras MalayaSumber : Google  

Dia tak fikir ke ada budak, orang tua yang tengok bola sekali. Sebab bukan anak dia, bukan bapak dia so dia tak kisah la kan. Dah 2023 tapi mentaliti masih kelas bawahan.

Malah ada yang menyarankan agar tiket kemasukan ke stadium ketika perlawanan bola sepak perlu dijual dengan harga yang lebih mahal agar perkara seperti ini tidak berulang.

Patut biar je harga tiket mahal. baru la yang tak ada akal ni tak masuk stadium.

Netizen juga meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada mereka yang sewenang-wenangnya membuang sampah di dalam stadium.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong bola sepak Malaysia turut dinasihatkan agar sentiasa berkelakuan senonoh agar tidak dipandang rendah oleh penyokong dari negara lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...