“Anak Bapak 2×5” – Bapa Ain Husniza Dikecam Netizen Gara-Gara Sokong Anak Pakai Baju ‘Mengundang’ Komen Nakal

Kehidupan

“Anak Bapak 2×5” – Bapa Ain Husniza Dikecam Netizen Gara-Gara Sokong Anak Pakai Baju ‘Mengundang’ Komen Nakal

Tular di media sosial sejak semalam apabila aktivis remaja, Ain Husniza telah menjadi bahan umpatan netizen gara-gara swafotonya yang didakwa boleh ‘mengundang’ komen-komen nakal lelaki.

Dalam hantaran tersebut, Ain pada mulanya memuat naik dua keping foto dirinya sendiri yang sedang berada di hospital.

Advertisement

1 year ago

"Super Long" - Wanita Kahwini Lelaki Afrika, Netizen Jijik Dengan 'Mentality' Lelaki Otak Kuning

Namun begitu, foto berkenaan menjadi perdebatan dalam kalangan netizen yang merasakan anak gadis itu sengaja mengundang komen lucah individu di luar sana.

Janganlah post muka macam tu. Awak yang mengundang orang menulis perkara yang tidak baik tentang diri awak dan awak nak melenting mengenai perkara itu.

Setelah topik itu menjadi hangat di ruangan Twitter terutamanya, bapa kepada Ain Husniza, Saiful Nizam ada membela anak perempuannya itu dengan membalas kembali komen yang ditinggalkan netizen.

Berikutan itu, netizen dilihat ‘mengorek’ kembali status lama yang ditulis Saiful di Facebook di mana berbaur lucah dan seumpamanya.

TwitterSumber : Twitter  

Kata netizen, bapa Ain sepatutnya menasihati anak perempuannya itu agar berpakaian lebih sopan supaya tidak diganggu oleh individu yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab.

Punyalah berjuang untuk anak pasal sexual harrassment. Tapi bapak pun cyber bully orang. Samalah benaknya.

Dalam hantaran berasingan, Ain Husniza kemudiannya memuat naik permohonan maaf di atas keterlanjuran ciapan bapanya itu kepada mereka yang terkesan.

Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...