Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi selepas hampir 2 tahun kita tidak dapat menyambutnya bersama sanak saudara di kampung dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun, tidak dinafikan kemeriahan Raya tahun ini terasa sedikit berbeza apabila kita akhirnya dapat pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama keluarga.
Begitu juga yang dirasakan seorang pengguna Facebook yang berkongsi sebuah hantaran video yang memaparkan gelagat keluarganya semasa beraya di rumah saudara.
Menerusi video tersebut, kecoh apabila keluarganya tertinggal ibu mereka di rumah saudara tersebut selepas beraya.
Maknya suruh tunggu kejap sebab nak ambil makanan bungkus.
Difahamkan, ibu mereka meminta untuk tunggu sebentar sebelum bergerak pulang ke rumah kerana mahu mengambil makanan yang telah dibungkus namun tidak disedari oleh keluarganya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dan kemeriahan keluarga tersebut dan ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama.
Ni mesti geng mak-mak yang kata nak balik tapi dok sambung borak lagi. – Netizen.
“Nasib baik tertinggal dekat rumah saudara, kalau tertinggal di RNR, haru nak patah balik,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.