(VIDEO)Serius Pilu, Apabila Si Adik Merindui Allahyarham Memen

Hiburan

(VIDEO)Serius Pilu, Apabila Si Adik Merindui Allahyarham Memen

Pemergian anak Linda Rafar, Rezaimen Kefli yang lebih dikenali dengan nama Memen pastinya memberikan impak yang besar kepada ahli keluarganya. Malah di BeautifulNara sendiri, ia merupakan salah satu berita yang paling banyak dikongsi oleh anda semua. Hampir kesemua komen melahirkan rasa sedih, ucapan takziah dan berharap agar Linda Rafar sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini.

linda rafar

Advertisement

Abang Nara sering mengikuti gambar-gambar yang dikongsikan oleh Linda Rafar selepas perginya Allahyarham Memen. Memang sedih sangat luahan hati seorang ibu yang kehilangan anak pada usia yang amat muda. Terbaru, Linda Rafar telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Syed Arriq menangis teresak-esak kerana merindukan abangnya, Allahyarham Memen.

Jelas Syed Arriq begitu merindukan abangnya. Semoga Syed Arriq serta Linda Rafar sekeluarga tabah menghadapi cabaran ini. Tak dapat bayangkan betapa sedihnya mereka sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar Allahyarham Memen ditempatkan di syurga. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...