July 5th, 2014

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada anak Linda Rafar, Rezaimen Keiflin yang telah meninggal dunia hari ini. Allahyarham berusia 12 tahun dan telah bertarung dengan kanser sejak awal tahun ini. Berita sedih ini telah disampaikan oleh Linda Rafar sendiri menerusi akaun Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

anak linda rafar meninggal dunia

Sebelum ini Linda sering berkongsi gambar anaknya di hospital menjalani rawatan kimoterapi. Semoga Linda sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.


Comments are closed.

Loading...