(VIDEO) “Semua Orang Dah Dapat ‘Baby’, Umi Je Belum..” – Ameena ‘Order’ Adik ‘Twins’, Shakilla Khoriri Minta Didoakan Jumpa Jodoh

Hiburan

(VIDEO) “Semua Orang Dah Dapat ‘Baby’, Umi Je Belum..” – Ameena ‘Order’ Adik ‘Twins’, Shakilla Khoriri Minta Didoakan Jumpa Jodoh

Terkini, pelakon Shakilla Khoriri telah memuat naik sebuah video perbualan antara dirinya dan anak perempuannya di laman Instagram yang berjaya mencuit hati warganet.

Dalam video tersebut, anak hasil perkahwinan Shakilla dan bekas suaminya Fizi Ali bernama Ameena ini sedang mempersoal ibunya bila hendak berkahwin lagi dan mendapat baby baru. Ameena berkata lagi dirinya ingin ibunya itu bernikah dengan Mat Salleh kelak.

Advertisement

Semua orang dah dapat baby, Umi je belum. Nak dapat baby twins.

Macam mana Umi nak dapat baby, Umi tak ada boy. Ameena sabar okay, doa untuk Umi.

Dah doa haritu, dekat sekolah. Hari-hari doa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Dalam video yang sama, pelakon ini juga terlihat tidak menafikan hajat ingin berkahwin lagi jika diberikan rezeki. Shakilla juga meminta agar anaknya itu berdoa agar dirinya cepat menemukan jodoh dan dapat memberi adik kepada Ameena.

Gelagat Ameena itu membuatkan para netizen turut terhibur dengan permintaan anak pelakon tersebut. Rata-rata geli hati dengan celoteh anak kecil itu yang mula faham dengan hal perkahwinan. Pada masa yang sama, Shakilla juga mengucapkan rasa bersyukur kerana masih bersama anaknya ini di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Fizi Ali
5 months ago

"Kesian Ibu Ameena.." - Fizi Ali Dikritik Gara-Gara Kenyataan Isteri Kekasih Awal Dan Akhir, Shakilla Letak Mana?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...