“Kesian Ibu Ameena..” – Fizi Ali Dikritik Gara-Gara Kenyataan Isteri Kekasih Awal Dan Akhir, Shakilla Letak Mana?

Hiburan

“Kesian Ibu Ameena..” – Fizi Ali Dikritik Gara-Gara Kenyataan Isteri Kekasih Awal Dan Akhir, Shakilla Letak Mana?

Gara-gara memuat naik foto isteri dengan kapsyen ‘Kekasih Awal dan Akhir’, penyampai radio, Fizi Ali dikritik netizen di media sosial kerana dianggap menidakkan kewujudan bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Kata netizen, Fizi seolah-olah tidak menghargai pengorbanan Shakilla Khoriri yang pernah melahirkan anak mereka, Ameena menerusi perkahwinan pertama mereka dahulu.

Advertisement

Kalau kekasih akhir itu mungkinlah betul kot. Tapi kekasih awal tu tak berapa kena.

Maklum dengan kritikan yang diterimanya itu, Fizi Ali menyangkal dakwaan tersebut sebaliknya kapsyen itu adalah berdasarkan nama lagu Datuk Jamal Abdillah ketika mereka berdua menghadiri konsert penyanyi lagenda itu pada malam Ahad lalu.

Amboi mulut korang, puaka ya! Ramai betul buta tuli, itukan tajuk lagu Datuk Jamal Abdillah.

Semalam (Ahad) pergi konsert dia (Jamal), letaklah tajuk lagu dia. Kalau pergi konsert Senario saya letaklah lagu Cari Tapak. Apalah korang ni.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Shakilla Khoriri namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.

Fizi kemudian bernikah dengan wanita pilihan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tony Eusoff
5 months ago

"Bekas Kekasih Pun Sahkan Palsu" - Tony Eusoff Nafi Ada Video Lucah, Nafi Lelaki Di Atas Katil Adalah Dirinya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...