Baru-baru ini, satu video TikTok telah menjadi tular apabila pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail seolah-olah sedang berbincang mengenai sesuatu hal yang ‘penting’.
Video TikTok itu yang dimuat naik oleh seorang pengasas produk kecantikan turut memperlihatkan kapsyen ‘May Allah Ease Everything’ atau dengan kata lain meminta Allah S.W.T mempermudahkan segalanya yang dirancang.
Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat yang rata-ratanya meneka bahawa Nad dan Ungku mungkin akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat meninggalkan pelbagai respon dan malah ada yang meneka bahawa pasangan itu sebenarnya sudah bernikah?
Peminat dilihat mendoakan yang terbaik buat Nad Zainal dan Ungku Ismail dan berharap agar mereka disatukan sebagai suami isteri.