“Dah Berumur, Malas Bercampoq Dengan Orang” – Rita Rudaini Dah Tak Kisah Orang Nak ‘Bercakap’ Pasal Dirinya

Hiburan

“Dah Berumur, Malas Bercampoq Dengan Orang” – Rita Rudaini Dah Tak Kisah Orang Nak ‘Bercakap’ Pasal Dirinya

Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini memaklumkan bahawa dia kini sudah malas untuk bergaul dan bercampur dengan orang berikutan faktor umurnya yang semakin meningkat.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik pelakon filem Mami Jarum itu di Instagram, dia juga tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya.

Advertisement

Dah makin berumur ni makin malas nak bercampoq (bercampur) dengan orang. Dan dah tak kisah apa orang nak cakap pasal diri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan luahan hati Rita Rudaini dan mempunyai pendapat yang sama.

Kata mereka, sudah tiba masa untuk memikirkan diri sendiri daripada mementingkan perasaan orang lain.

Sama la sis. Bahagiakan diri happy kan diri lagi tenang.

Betul tu, dah meningkat usia ni malas dah nak ambil tahu hal orang. Kalut dengan diri sendiri saja.

Ujar netizen lagi, lebih baik memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap diri sendiri dan keluarga ketika umur semakin menua dan meningkat.

Rita rudaini
1 year ago

"Penyondol Ni Level Low Class, Level B*hsia Je.." - Rita Rudaini Sindir Siapa Tu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...