Selalunya, kalau sesebuah gerai tidak kiralah di bazar Ramadan atau pasar malam misalnya mempunyai pelanggan beratur panjang, pastinya juadah yang dijual sedap-sedap belaka.
Namun, perkongsian seorang pengguna TikTok ini telah menunjukkan seorang peniaga telah menukar harga makanan dengan selamba kerana kedainya sedang dikerumuni pelanggan.
Dalam video itu, harga roti john yang dijual lebih murah namun dek kerana kedainya sedang laku dan ramai yang beratur panjang, lelaki ini mendakwa peniaga itu terus menukar harga dengan lebih tinggi.
Tidak menghiraukan pelanggan yang beratur, wanita itu telah menukar harga baru roti john itu secara ‘live’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ‘terkesima’ dengan tindakan peniaga itu namun ada juga beranggapan bahawa wanita itu tersilap menulis harga setiap jenis roti john yang dijual.
Tapi tak manis la kan tukar harga makanan macam tu depan pelanggan…