Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Joel Ravin yang memaparkan video sedutan siri kartun popular The Simpsons.
Menerusi video tersebut, dilihat The Simpsons meramalkan ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpue akan dilanda gelombang air pasang yang kuat sehingga mengorbankan 120 nyawa.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan berjaya meraih 707.2K tontonan, 38.7K tanda suka, dan 1.6K komen di laman TikTok.
Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang yang kuat di Kuala Lumpur..
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon, ada yang berasa cuak dengan kenyataan tersebut kerana siri kartun The Simpson terkenal dengan ramalan mereka tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang akhirnya menjadi kenyataan.
@joelravin7 #yp??viral #nature #yp??viral #tiktokmalaysia?? #simpsons #prediction #kualalumpur #habislah #scary
? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Selalu simpson ramal jadi betul. – Netizen.
Namun, ada juga yang meragui ramalan tersebut oleh kerana kedudukan Kuala Lumpur yang jauh dari pantau ataupun laut.
“Rancang lah macam mana pun.. kalau Allah kata tidak, semua takkan berlaku, semua dengan kun fa ya kun.. manusia tiada kuasa.. yang maha berkuasa tuhan yang satu.. ALLAH,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.