Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Langkawi pasti akan melihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala, dada dan perut yang sedang bunting.
Bukan itu sahaja, ada juga mitos yang mengatakan bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan zuriat dengan cepat boleh berikhtiar dengan mandi atau berendam di tasik itu.
Malah, baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik hantaran video yang menyatakan tentang keberkesanan mitos tersebut apabila selepas seminggu pulang dari tasik tersebut, dia akhirnya berjaya mendapatkan zuriat.
Balik je dari sini, seminggu lepastu saja buat test.. Alhamdulillah lekat sorang baby Langkawi.
Namun, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Malissa Ali telah memuat naik ciapan meluahkan rasa kebimbangannya terhadap video tersebut.
Menurutnya, ikhtiar yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.
Dah makin merepek-repek trend ni. Kehidupan bukan datang dari tasik tu, tapi datang dari Allah.
Kat Tiktok ada pasal Tasik Dayang Bunting untuk orang TTC. Siap ada yang gi travel sana sebab ramai share success stories. This is the danger of internet. Bebenda khurafat macam ni… boleh memesongkn orang. pic.twitter.com/uiHerEjEcv
— Malissa Ali (@malissaali) May 12, 2022
Meninjau di ruangan balas, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan mengatakan amalan khurafat ini tidak seharusnya dipraktikkan lagi sebagai individu beragama Islam.
Ikhtiar tak menghalalkan cara. – Netizen.
“Boleh jadi syirik sebab pemikiran “sebab tasik dayang bunting aku mengandung”,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anon
May 13, 2022 at 4:20 pm
Bagus highlightkan benda ni. Khurafat kan. Ramai yg buat, terikut2 jugak sebelum ni. Alhamdulillah saya xikut. Kena keraskan hati tolak walaupun waktu tu rasa terdesak nak anak. Harap2 semua yg tgh ttc kuat dan pandai mencari ikhtiar yg diredhai.