(VIDEO) “Sedih Tengok Kawan Kawan Dia” – Wanita Menangis Hingga Perlu Dipapah, Anak Angkat Diambil Ibu Kandung

Kehidupan

(VIDEO) “Sedih Tengok Kawan Kawan Dia” – Wanita Menangis Hingga Perlu Dipapah, Anak Angkat Diambil Ibu Kandung

Baru-baru ini, tular tentang kisah seorang ibu angkat terpaksa berpisah dengan anak angkat perempuan yang dijaganya sejak kecil bernama Uzma selepas remaja itu diambil semula oleh ibu kandungnya.

Menerusi TikTok, wanita itu banyak berkongsi video tentang kisah anaknya kepada warganet dan ia meruntun hati ramai yang menonton.

Advertisement

 

Rindu Uzma, kawan kawan pun bersedih

Video dimuat naik olehnya pada Disember depan meraih perhatian dan kini hangat menjadi bualan selepas ramai kasihan melihat keadaan wanita itu.

Dia dilihat menangis tanpa henti sehingga lemah semangat dan perlu dipapah oleh ahli keluarga untuk berjalan masuk ke rumah.

Rakaman itu mempamerkan ramai rakan sekolah Uzma turut berada di kawasan depan rumah dan masing-msaing dilihat sedih malah ada yang menangis kerana merinduinya.

 

Tergamaknya ibu kandung itu

Ruangan komen hantaran itu dibanjiri dengan pelbagai respon warganet dan rata-ratanya mengkritik tindakan ibu kandung Uzma.

Meskipun dia mempunyai pertalian darah namun ibu angkat itulah yang menjaga Uzma bagai menatang minyak yang penuh sejak kecil.

komen

Ada yang turut berkongsi pengalaman mereka sama ada sebagai ibu angkat dan anak angkat sementara segelintir berpesan kepada warganet agar kes ini dijadikan pengajaran.

Pengajaran untuk semua yang ambil anak angkat. Dokumen semua kena buat. Sekiranya ada, ibu kandung tak boleh ambil semula.

komen

uzma

3 years ago

Wanita Bongkar 'Spend' RM15K Ambil Anak Angkat, Rupanya Kena Bagi 'Saguhati' Pada Ibu Kandung Juga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...