Wanita Bongkar ‘Spend’ RM15K Ambil Anak Angkat, Rupanya Kena Bagi ‘Saguhati’ Pada Ibu Kandung Juga

Kehidupan

Wanita Bongkar ‘Spend’ RM15K Ambil Anak Angkat, Rupanya Kena Bagi ‘Saguhati’ Pada Ibu Kandung Juga

Mengambil anak angkat ini bukanlah satu keputusan yang boleh dibuat sambil lewa dan dianggap mudah.

Seperti ibu bapa kandung, mereka yang mengambil anak angkat juga perlu membesarkan anak tersebut dengan kasih sayang seperti menjaga zuriat sendiri.

Advertisement

Perkongsian seorang wanita di TikTok tular selepas dia mendedahkan tentang kos keseluruhan yang dibelanjakan dalam proses untuk mengambil anak angkat.

Menerusi video dimuat naik, Puan Wawa Idris menjawab persoalan netizen tentang prosedur dan kos yang perlu dikeluarkan.

Katanya, kos diperlukan terbahagi kepada dua iaitu untuk melahirkan anak tersebut dan juga ‘saguhati’ kepada ibu kandung bayi berkenaan.

Menurutnya lagi, kos itu juga berbeza bagi setiap orang kerana ia bergantung kepada hospital tempat bersalin serta berapa ‘saguhati’ yang diminta.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Puan Wawa berkata ‘saguhati’ daripada pihak keluarga angkat adalah sekitar RM500 hingga RM5000.

Bergantung kepada ibu (kandung) tersebut. boleh nego.”

Kata Puan Wawa, kos ditanggungnya mencecah hampir RM15,000 kerana kos bersalin lebih tinggi disebabkan ibu kandung bayi tersebut melahirkan di hospital swasta dan menjalani prosedur pembedahan.

@wawa.idris

Reply to @zueranina KOS AMBIL ANAK ANGKAT bergantung kpd hospital mana dia bersalin & berapa saguhati yang ibu itu minta. #wanita anakangkat #ibu

? original sound – Wawa Idris – Wawa Idris

Perkongsian Puan Wawa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-ratanya dilihat seperti turut berminat dan merancang untuk mengambil anak angkat.

Ada yang meluahkan rasa risau kerana prosedur yang agak sukar selain takut tercetus permasalahan kedua-dua pihak keluarga di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suntik bibir sebelah
2 years ago

Wanita Mengaku Tak Mampu Bayar Kos Rawatan Kecantikan, Doktor Hanya Suntik Separuh Bibir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...