(Video) “Sedih Tengok..” – Budak Lelaki Jual Kerepek Sampai Tertidur Di Kaki Lima Undang Sebak Netizen

Kehidupan

(Video) “Sedih Tengok..” – Budak Lelaki Jual Kerepek Sampai Tertidur Di Kaki Lima Undang Sebak Netizen

Di saat ramai orang yang sedang bergembira membuat persiapan hendak menyambut Syawal, ada juga sesetengah orang di luar sana yang tidak bernasib baik yang terpaksa membuat apa sahaja demi kelangsungan hidup.

Berikutlah perkongsian di TikTok oleh @danielaii di mana video itu menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang menjual kerepek di kaki lima di Starbucks, Limbongan, Melaka.

Advertisement

Oleh kerana video yang dikongsikan itu menjadi ‘viral‘, rata-rata netizen berganding bahu untuk menolong kanak-kanak tersebut dengan memberi derma diwakilkan oleh pemilik video TikTok berkenaan.

Di dalam video lain yang turut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang sama menunjukkan dia berjaya menemui ibu kepada kanak-kanak berikut. Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, dia merupakan ibu tunggal dan berasal dari Johor tetapi datang ke Melaka untuk berniaga kerepek.

Wanita itu juga berkata bahawa dia menyara enam orang anak dan membawa mereka bersama-sama ke Melaka untuk berniaga kerana cuti sekolah. Pengguna TikTok itu juga berjaya menyerahkan wang derma daripada netizen dengan jumlah terkumpul sebanyak RM1220 kepada keluarga berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak dan berharap agar kanak-kanak itu dimurahkan rezeki dan berterima kasih kepada pemilik video TikTok yang menjadi perantaraan untuk menolong kanak-kanak tersebut.

2 years ago

(VIDEO) Ustaz Ebit Lew Turun Padang , Mahu Tolong Bina Rumah Untuk Adik Akid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...