(VIDEO) Ustaz Ebit Lew Turun Padang , Mahu Tolong Bina Rumah Untuk Adik Akid

Berita

(VIDEO) Ustaz Ebit Lew Turun Padang , Mahu Tolong Bina Rumah Untuk Adik Akid

Sepanjang bulan Ramadan ini, semua umat Islam menahan diri daripada makan dan minum sehingga tibanya waktu fajar. Tetapi ada sesetengah individu yang tidak perlu menunggu bulan Ramadan untuk menahan diri daripada makan dan minum.

Itulah yang boleh dikatakan dengan kisah kehidupan adik Akid yang duduk di Kelantan di mana keadaan rumah dan hidup adik tersebut telah tular setelah dikongsi di laman sosial TikTok oleh MyFundAction.

Advertisement

Video tersebut telah mendapat perhatian oleh seorang pendakwah selebriti yang terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Ebit Lew. Ustaz Ebit  telah berjanji untuk membina rumah baharu untuk adik Akid dan keluarganya.

Adik Akid turut berasa sebak dengan pertolongan yang diberikan oleh Ustaz Ebit.

Adik orang baik. Allah sayang adik. Semua orang ambil berat pasal adik.

Ustaz Ebit juga difahamkan telah membeli barangan untuk membuat rumah baharu untuk adik Akid. Ebit Lew juga mengucapkan terima kasih kepada individu-individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang turut terlibat bekerjasama dalam membina  rumah baharu untuk keluarga tersebut.

Difahamkan bahawa rumah Akid berada dalam keadaan sebegitu sejak daripada Oktober tahun lepas dan dia terpaksa melakukan kerja seperti mencuci tandas surau untuk meneruskan kelangsungan hidup.

2 years ago

"Ada Orang Kata Kami Lapar Kedarah" - Lebih 4 Juta 'Views', Netizen Menangis Tengok Video Adik Akid

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...