(VIDEO) “Sebak Tengok” – ‘Struggle’ Jual Biskut Di Instagram Live, Ramai Sedih Tengok Shuhada Hadapi Dugaan

Hiburan

(VIDEO) “Sebak Tengok” – ‘Struggle’ Jual Biskut Di Instagram Live, Ramai Sedih Tengok Shuhada Hadapi Dugaan

Malam semalam, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi ada membuat siaran langsung di Instagram bersama pelakon Mawar Rashid bagi tujuan menjual biskut sempena hari lebaran yang menjelang tiba.

Dalam sesi ‘live‘ itu, Shuhada dilihat mempromosikan biskut pelbagai perisa yang dijenamakan sebagai Satu Tak Cukup Shelup Shelup dan turut disaksikan lebih ribuan pengguna aplikasi media sosial tersebut.

Advertisement

Dia juga dilihat turut bersiaran langsung bersama pelakon Mawar Rashid dan bersama-sama menguar-uarkan penjualan biskut berkenaan kepada umum.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil menyokong bisnes terbaru Shuhada dan mendoakan agar urusan wanita itu dipermudahkan selain terus bangkit demi anak-anak.

Mawar juga terlihat sebak dan hampir mengalirkan air mata melihat kekuatan Shuhada yang terus berusaha untuk mengubah nasib diri dan anak-anak setelah dikhianati suami sendiri.

Awak ni kuat sangat Shu. Kalau akak tak tahu sekuat awak ke tak.

Semoga Shu terus kuat, tabah dan sabar menghadapi semua ujian yang Allah beri. Allah uji sebab sayang kita.

Netizen juga meluahkan rasa sedih apatah lagi ada anak-anak yang setia menemani Shuhada ketika bersiaran langsung.

Terdahulu, pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan telah menumbuk muka isterinya berkali-kali sehingga meninggalkan cacat kekal setelah mereka berdua bertikam lidah di sebuah lokasi rehat & rawat, Selangor.

Hafidz sebelum ini ‘kantoi’ menjalinkan hubungan bersama seorang wanita bernama Athira Yuhada yang didakwa sudah pun bernikah di luar pengetahuan Shuhada.

Athira Yuhada
1 year ago

"Dah Solat Ke?" - Hafidz Roshdi Dan Shuhada Sakan Berbalas Surat Terbuka, Athira Tinggal Pesan Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...