“Dah Solat Ke?” – Hafidz Roshdi Dan Shuhada Sakan Berbalas Surat Terbuka, Athira Tinggal Pesan Di IG

Hiburan

“Dah Solat Ke?” – Hafidz Roshdi Dan Shuhada Sakan Berbalas Surat Terbuka, Athira Tinggal Pesan Di IG

Hari ini kecoh di media sosial apabila pasangan penuh kontroversi, Hafidz Roshdi dan Shuhada saling berbalas surat terbuka di laman Instagram masing-masing.

Hafidz yang khabarnya akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu Isnin ini memilih untuk menyampaikan ‘pesanan’ dan tuntutan maaf daripada Shuhada atas alasan telah memfitnah dan membuka aib dia dan keluarganya di media sosial.

Advertisement

Enggan mendiamkan diri, Shuhada tampil membuat kenyataan balas tidak beberapa lama kemudian dan mendedahkan bahawa suaminya itu telah berkahwin dengan perempuan lain di luar pengetahuannya.

Malah, perkahwinan yang tidak diketahui Shuhada itu turut mendapat sokongan dan restu daripada keluarga Hafidz Roshdi.

Tidak ketinggalan nampaknya, wanita yang menjadi orang ketiga dalam perhubungan Hafidz dan Shuhada iaitu Athira Yuhada dilihat turut memuat naik entri di akaun miliknya.

https://www.instagram.com/p/CpUJRj_rd2U/

Hanya menulis kapsyen ringkas, Athira bertanya kepada pengikut IG sama ada sudah menunaikan solat atau belum.

Hantaran tersebut turut menggunakan lagu ‘Roses Are Red’ nyanyian asal John Caryl sebagai muzik latar.

Athira YuhadaSumber : Instagram  

Terdahulu, Hafidz dilaporkan telah menceraikan Shuhada dengan talak satu bersaksikan ahli keluarga.

Dia kemudiannya akan dibawa ke muka pengadilan setelah didakwa menumbuk muka Shuhada berkali-kali sehingga menyebabkan cacat kekal ketika bertikam lidah di sebuah lokasi di Selangor.

Shuhada Hafidz roshdi surat terbuka
1 year ago

"Shu, Saya Jaga Erat Segala Aib Awak" - Hafidz Roshdi Buat 'Surat Terbuka' Buat Shuhada, Tuntut Permohonan Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...