Penyanyi Fyna Jebat menafikan bahawa dia kini berambut pendek kerana kecewa dengan perceraiannya bersama bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan baru-baru ini.
Ujar Fyna, dia ingin memberikan fokus terhadap kerjaya nyanyian dan kini berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Tak ada apa yang saya nak kongsikan sebab saya mahu memberikan fokus kepada karier nyanyian.
Dia dalam pada itu sempat berterima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan selain terbuka untuk mencuba bidang lakonan pula.
Jelas adik kepada penyanyi Ayda Jebat ini, dia masih berkawan dengan bekas suami namun enggan mengenang cerita lalu.
Dia yang kini selese berimej rambut pendek turut menafikan perceraian dengan Zainal mendorongnya untuk berubah imej.
View this post on Instagram
Sebenarnya rambut pendek sejak dulu lagi. Ketika awal pembabitan saya dalam dunia hiburan di AF9 dahulu, memang saya sudah tampil dengan rambut pendek.
Itu memang imej saya sebelum ini, jadi saya kembali balik dengan penampilan terdahulu.
Sebelum ini, Fyna ada mencetuskan kontroversi apabila dia telah bernikah dengan Datuk Zainal Abidin Hassan secara ‘rahsia’ namun ikatan perkahwinan itu terlerai sekitar bulan Mei lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.