“Tolong Tukar AmirGaza Atau AmirPalestin” – Jualan Air Jagung Amir Raja Lawak Hampir Kena Boikot Gara-Gara ‘Trademark’ Amirreka

Hiburan

“Tolong Tukar AmirGaza Atau AmirPalestin” – Jualan Air Jagung Amir Raja Lawak Hampir Kena Boikot Gara-Gara ‘Trademark’ Amirreka

Pelawak dan juga usahawan, Amir Raja Lawak tampil memberi respon setelah seorang pengguna media sosial mencadangkan agar perniagaan pelawak itu diboikot gara-gara salah faham mengenai nama samaran ‘Amirreka’.

Jelas Amir, nama ‘trademark’ yang digunakannya itu tiada kena mengena dengan negara Amerika Syarikat.

Advertisement

Saya terkejut dan risau juga pada mulanya dengan komen itu. Apatah lagi, situasi sekarang orang bersemangat sangat nak boikot produk. Tapi, tiba-tiba produk saya pula nak kena boikot sedangkan semua bahan diguna produk tempatan saja.

Jadi, saya mohon maaf andai ada yang keliru. Bagaimanapun, syukur Alhamdulillah bisnes belum algi terjejas. Cuma, risau jika orang lain ada berfikiran sama dengan individu yang komen itu.

Ujar pemilik nama Mohammad Amirullah Azmi ini, dia mempunyai ramai ejen-ejen di bawahnya dan bimbang perniagaan mereka akan menerima tempias.

Alhamdulillah, ramai yang memahami ‘nickname’ saya Amirreka itu, sampai ada yang cadangkan tukar nickname pakai Amirgaza ataupun Amirpalestin supaya orang yang kurang faham itu puas hati.

Terdahulu, Amir ada memuat naik satu hantaran di Instagram yang menjelaskan maksud ‘trademark’ Amirreka yang digunakan selama ini kerana ada yang ingin memboikot apa sahaja yang berkaitan dengan negara Amerika susulan konflik peperangan antaran Palestin dan Zionis pada ketika ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Asma harun janna nick
6 months ago

"Dia Bagus Dan Hebat Urus Konflik" - Ustazah Asma' Harun Tegur Skrip 'Melampau' Drama Surat Dari Tuhan, Janna Nick Ada Hantar Mesej Mohon Maaf

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...