“Dia Bagus Dan Hebat Urus Konflik” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Skrip ‘Melampau’ Drama Surat Dari Tuhan, Janna Nick Ada Hantar Mesej Mohon Maaf

Hiburan

“Dia Bagus Dan Hebat Urus Konflik” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Skrip ‘Melampau’ Drama Surat Dari Tuhan, Janna Nick Ada Hantar Mesej Mohon Maaf

Susulan teguran daripada pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun mengenai skrip yang dilontarkan dalam drama Surat Dari Tuhan didakwa melampau dan tidak sesuai, pelakon Janna Nick difahamkan ada menghantar mesej peribadi kepada pendakwah itu di media sosial.

Maklum Asma’, Janna telah menghantar mesej kepadanya dan memuji aktres tersebut kerana bijak mengurus konflik.

Advertisement

Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah. Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna.

Dalam keadaan sedang tertekan dengan apa yang berlaku, dia masih boleh menulis dan menyusun kata yang sangat berhemah dengan saya.

Ustazah Asma’ juga ada berkongsi perbualan antara dia dan Janna di Instagram.

Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa  dia menegur secara terbuka dan lebih kepada tenaga produksi drama berkenaan dan bukannya dituju kepada pelakon itu semata-mata.

Terdahulu, Asma’ ada menegur pihak produksi yang meletakkan skrip melampau ketika melakukan penggambaran di tanah suci iaitu berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

"Muka Cantik, Agama Tak Ada!"- Janna Nick Lontarkan Kata-Kata Kesat Di Tanah Suci Mekah, Undang Kemarahan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...