Tular di aplikasi TikTok, satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Shakir Shahar yang berkongsi kesanggupannya melayan isteri telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, difahamkan isterinya menangis kerana teringin untuk makan nasi kandar di sebuah restoran terkenal dan tanpa berlengah dia minta isteri bersiap dan terus memandu ke destinasi.
Apa yang lebih mengharukan apabila dia dilihat sanggup memandu lebih 364km demi memenuhi keinginan isteri untuk makan di restoran yang terletak di Pulau Pinang itu.
Lepas 4 jam lebih drive.. akhirnya demi sesuap nasi.
Sehingga kini, video perkongsian tersebut telah berjaya meraih 60.9K tontonan dan 5.2K tanda suka di aplikasi TikTok.
@shakirshahar97 Demi sesuap nasi ? #penang
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang turut terharu melihat kesungguhannya dalam melayan kerenah isteri tanpa mengeluh dan memuji usaha yang dilakukannya demi membahagiakan si isteri.
Respect! semoga abang murah rezeki selalu untuk bahagiakan isteri. – Netizen.
“Ya Allah, abang. Jadi sebak saya tengok abang bahagiakan wife. Semoga abang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.