Baru-baru ini viral di media sosial Facebook satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Norfidah Yassin yang memaparkan pergaduhan antara pelajar perempuan di sebuah sekolah telah mendapat perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar perempuan telah bertindak memukul seorang pelajar perempuan lain dipercayai di Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Sabah.
Menurut laporan Kosmo, seramai tujuh individu termasuk enam pelajar berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun serta seorang bekas pelajar berusia 17 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan susulan video tular tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan sekumpulan remaja terbabit yang bertindak memukul dan membuli rakan mereka tanpa belas kasihan.
Dah ramai-ramai, rasa hebat la tu.. cuba sorang je.. jentik pun tertonggeng – netizen.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa pelajar yang dibelasah.
Kita memandang berat berhubung kes ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan melibatkan pelajar sekolah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.