Status pempengaruh media sosial, Khairul Aming kini menjadi tanda tanya selepas tular video perbualan mesranya bersama seorang gadis di laman TikTok.
Menerusi video tersebut, Khairul dilihat memakai persalinan baju raya sedondon berwarna biru dengan gadis berkenaan.
Bukan itu sahaja, gadis itu sendiri turut memuat naik dua keping foto memaparkan pempengaruh itu dan mengatakan dia lebih memilih Khairul Aming daripada minuman yang dibeli.
Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama para wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui Khairul Aming sudah mempunyai teman wanita.
Tampil memberi penjelasan, Khairul Aming berkata gadis berkenaan merupakan seorang peminat yang datang mengajak untuk membuat video TikTok.
Meninjau di ruangan balas, influencer itu turut berseloroh meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan fitnah dan memberi ruang kepadanya untuk beraya dengan tenang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.