(VIDEO) Mesra Dengan Seorang Gadis, Khairul Aming Dah Berpunya? – “Nak Yang Ini Lah”

Trending

(VIDEO) Mesra Dengan Seorang Gadis, Khairul Aming Dah Berpunya? – “Nak Yang Ini Lah”

Baru-baru ini, tular video memaparkan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang dilihat mesra berbual bersama seorang gadis di sebuah kafe minuman di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video tersebut, Khairul Aming turut memakai persalinan baju raya dengan tema warna biru yang seakan-akan sama dengan gadis berkenaan.

Advertisement

Bukan itu sahaja, pempengaruh itu juga dilihat mendengar sesuatu dari telefon bimbit gadis berkenaan sambil bergelak ketawa bersama.

Malah, gadis itu sendiri turut memuat naik dua keping foto memaparkan pempengaruh itu dan mengatakan dia lebih memilih Khairul Aming daripada minuman yang dibeli.

Nak yang itu ke yang ini, yang ini lah.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama para wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui dia sudah mempunyai teman wanita.

Meninjau di ruangan komen, mereka juga berseloroh kononnya merajuk dan tidak mahu lagi melihat video masakan pempengaruh itu kerana patah hati.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Nyatakan 5 Perbezaan Ketara" - Farid Kamil, Diana Danielle Raya Berasingan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...