‘Pelanggan sentiasa betul’, itulah ungkapan yang sering digunakan antara pelanggan dan penjual, akan tetapi realitinya tiada manusia yang sentiasa betul dan begitu jugalah pelanggan.
Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan seorang pekerja restoran makanan segera ‘bertekak’ dengan pelanggan dipercayai sebab isu ayam goreng.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial Facebook, dapat dilihat sepasang pelanggan memarahi seorang pekerja yang dipercayai pengurus restoran berkenaan.
Pasangan terbabit dipercayai mengamuk kerana pihak restoran telah menolak permintaan mereka namun apa yang dipesan tidak dapat didengari dengan jelas kerana suara jeritan masing-masing sangat kuat.
Disebabkan pergaduhan itu, pihak restoran kemudian telah meminta pasangan terbabit untuk meninggalkan premis itu membuatkan mereka berasa ‘panas hati’.
Walau bagaimanapun, video itu sebaliknya mendapat kecaman warganet kerana dirakam hanya separuh daripada kejadian yang berlaku. Ramai berfikir bahawa niat pasangan itu adalah untuk membangkitkan kemarahan pekerja restoran berkaitan isu yang kecil.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah: