Bergelar raja sehari pastinya pasangan pengantin inginkan yang terbaik untuk tetamu yang hadir. Ini termasuklah dari segi layanan, keselesaan dan juga makanan yang dihidangkan kepada mereka.
Selain itu, pemanis mulut seperti kek pengantin pastinya menjadi tumpuan utama tetamu kerana ia sememangnya menjadi penyeri dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Namun lain pula kisahnya apabila seorang pengguna TIkTok yang dikenali sebagai @awiee97 yang mendedahkan riak wajah pengantin ketika sedang memotong kek.
Dalam video tersebut, pengantin tersebut dilihat sedang mencuba sedaya upaya untuk memotong kek namun ianya terlalu keras sehingga tak lut pisau pemotong yang disediakan.
Disangkakan kek palsu, namun sangkaan tersebut meleset kerana ianya adalah kek sebenar yang ditempah dengan harga RM500.
Malah, wanita tersebut turut mengetuk-ngetuk kek tersebut yang sangat keras dan sempat berseloroh bahawa perlu menggunakan kapak untuk memotong manisan berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersimpati dengan nasib pengantin tersebut yang mungkin kecewa apabila kek pengantin mereka bertukar menjadi ‘kek palsu’.
Ada juga netizen yang berpendapat bahawa kek yang disaluti fondant tebal akan menjadi keras jika didedahkan dengan suhu rendah.
Sabar je lah kan…