Gadis Gemar Makan Ulat Sagu Tapi Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Datuk Seri Dr Zulkifli

Kehidupan

Gadis Gemar Makan Ulat Sagu Tapi Apa Hukumnya? Ini Penjelasan Datuk Seri Dr Zulkifli

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang gadis yang berselera makan ulat sagu sebagai hidangan.

Difahamkan, gadis itu menjadikan ulat sagu sebagai makanan kegemarannya. Namun, video gadis itu telah menimbulkan persoalan sama ada ianya halal untuk dimakan.

Advertisement

Menerusi portal Maktabah Al-Bakri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menjelaskan ulat sagu atau ulat mulong adalah haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafie.

datuk seri dr

Dalam hal ini, hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya.

Tambah Dr. Zulkifli, hukum itu diputuskan berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan. Malah, pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak pada 20 November 2014.

Kesimpulannya, Islam menganjurkan untuk makan makanan halal yang tidak diragu-ragu status hukumnya.

@dsdellllll

Balas @gibbyibeth_09 #makananviral #makanulat #ulatsagu #fyp #foryoupage #fyp?

? suara asli – dsdelllll – dsdelllll

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen video gadis tersebut, rata-rata netizen turut berasa geli melihat gadis itu makan ulat sagu yang masih hidup.

“Tak ada benda lain ke nak makan,” tulis seorang netizen.

“Nak like punya pasal.. yang ditegah oleh agama pun langgar,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

harga self-test kit sekotak naik
2 years ago

"Apa Dah Jadi Dengan Harga Bawah RM6.." - Netizen Berang Harga 'Self-Test' Makin Mahal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...